Tarikh : 15 November 2018
Masa : 10.00pg – 2.30ptg
Tempat : SMK Bera, Bandar 32
Pusat Internet Bandar 32 bersama Pusat Internet Gugusan Bera telah mengadakan satu Program Advokasi KDB & Literasi ICT Bersama Pelajar SMK Bera, Bandar 32. Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkenalkan ICT kepada para pelajar disamping dapat memupuk minat dalam menambahkan lagi pengetahuan kepada mereka dalam bidang ICT ini. Selain daripada taklimat, para pelajar juga turut didedahkan dengan soalan kuiz, pembentangan kumpulan, sesi soal jawab dan sebagainya. Aktiviti sampingan seperti kuiz dapat menarik minat para pelajar untuk lebih berinteraksi selepas diberi taklimat. Antara aktiviti yang dijalankan tugasan LDK poster menggunakan powerpoint dan pembentangan kumpulan.