“Pemimpin Masa Hadapan”
Bagi melengkapkan pembelajaran anak-anak di kawasan ini, kerajaan telah menyediakan kemudahan persekolahan yang bersesuaian dengan komuniti masyarakat disini yang terdiri daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kemayan, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kemayan dan Sekolah Kebangsaan Kemayan manakala di peringkat menengah, mereka melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kemayan yang terletak hanya beberapa kilometer dari Taman Jaya Kemayan. Kira-kira 300 orang murid bersekolah di SMK Kemayan.