mcmc
Maklumat Komuniti

Maklumat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Jaya Kemayan, Kemayan, Bera, Pahang mengucapkan Selamat Datang kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

Objektif Penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) :
*Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
*Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi komputer dan internet.
*Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
*Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
*Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

Waktu Operasi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Jaya Kemayan :
9:00 Pagi – 6:00 Petang (Dibuka Setiap Hari Termasuk Sabtu & Ahad Kecuali Cuti Umum)

Maklumat Petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Jaya Kemayan :

Farina Hafiza Binti Mohd Fadil
Pengurus NADI Taman Jaya Kemayan (010-4471392)
Tarikh Berkhidmat : 07 November 2018 – Kini

Malyanah Binti Che Abd Talib
Penolong Pengurus NADI Taman Jaya Kemayan (011-35430911)
Tarikh Berkhidmat : 24 November 2018 – Kini

Email :
Pengurus : farina.hafiza@pedi.my
Penolong Pengurus : malyanah@pedi.my
Portal : tmnjayakemayan.nadi.my
Facebook : Pusat Sebaran Maklumat Nasional – NADI Taman Jaya Kemayan