Nama |
: ZAINAL ALIAS BIN BIDIN |
Umur |
: 65 Tahun |
Ahli |
: DEC 2013 |
Latar belakang
Pusat Internet Taman Jaya ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu “Restoran Patin Kemayan”. Pengusaha Restoran Patin Kemayan lebih mesra dikenali sebagai Encik Zainal.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bermula dengan sekadar minat berniaga Encik Zainal sudah lama menjalankan perniagaan kedai makan ini. Antara daya tarikan kedai makan beliau ialah hidangan pelbagai jenis lauk pauk dan juga makanan panas. Restoran Patin Kemayan ini telah diusahakan bersama Isterinya hampir melebihi 10 tahun. Sebelum ini Restoran ini hanya mendapat nama dikalangan penduduk setempat sahaja. Tetapi kini perniagaan beliau telah pun dikenali ramai dan menjadi tempat utama persinggahan untuk pengunjung menikmati makanan kampung terutama Ikan Patin Tempoyak beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering munggunakan facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial dan perniagaan onlinenya. Menurut Encik Zainal, Restoran Patin Kemayan kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat dan juga pengunjung dari luar daerah. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb, iklan perniagaan dan juga kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Encik Zainal banyak mempromosikan jualan beliau dengan mengiklankan sajian ikan patin untuk menarik minat pelanggan dengan menggunakan medium Facebook dan Whatsapp. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam facebook, Instagram, facebook group dan whatsapp group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan perniagaan beliau semakin dikenali ramai.