Nama |
: SITI ZAINAB BINTI HASHIM |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: Nov 2018 |
Latar belakang
Pusat Internet Taman Jaya ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu “minuman Teh Pyorr dan barangan komestik”.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan disekitar kawasan kemayan, Kak Zainab mula berniaga secara kecil-kecilan di tapak pekan sehari Kemayan dan juga di tepi jalan besar Kemayan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Kak Zainab,Teh Pyorr mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Beliau juga mula menjual produk kecantikkan dan komestik. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages Facebook dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan Instagram. Kak Zainab banyak mempromosikan jualan beliau dengan dengan menggunakan medium Facebook dan Instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook group dan WhatsApp group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.