mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – SITI ROFIAH BINTI ARIPIN (Q1 2020)

Nama

: SITI ROFIAH BINTI ARIPIN

Umur

: 37 Tahun

Ahli

: Nov 2016

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya ingin berkongsi cerita kisah  kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan  perniagaan online dan offline iaitu “Pelbagai Roti”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil- kecilan disekitar kawasan Kg Dato Sri Hamzah dan kemayan, kak Siti mula mengambil tempahan untuk pelbagai jenis roti dan kemudian mengantarnya kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering munggunakan facebook dan WhatsApp. Menurut Kak Siti, tempahan roti mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Beliau juga membuat penghantaran didalam kawasan daerah Bera seperti Triang,Kerayong dan Padang Luas.Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Kak Siti  banyak mempromosikan jualan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam facebook, Instagram, facebook group dan whatsapp group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.