Nama |
: Nurul Aqilah Binti Ahmad Fauzi |
Umur |
: 24 Tahun |
Ahli |
: April 2014 |
Latar belakang
PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan makanan dan minuman.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat dalam pernigaan online & offline, adik Nurul Aqilah cuba menceburi perniagaan makanan dan minuman bersama keluarga.
Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi
Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Nurul Aqilah, perniagaan beliau kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet Komuniti. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Adik Nurul Aqilah banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang mencuba makanan beliau.