Nama |
: NUR SYAKIRAH BINTI MALIK |
Umur |
: 20 Tahun |
Ahli |
: September 2015 |
Latar belakang
Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan menjual produk kesihatan secara Direct Selling.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan iaitu menjual kepada rakan-rakan terdekat Kirah mula berniaga secara kecil-kecilan sekadar mengisi minat dan masa lapang dan menambah duit saku.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Kirah, perniagaan produk kesihatan beliau kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Kirah banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli barangan beliau.