mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NUR NADIA HUSNA BINTI ARSHAD (Q3 2020)

Nama

: NUR NADIA HUSNA BINTI ARSHAD

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: November 2016


Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan kuih-muih secara online dan offline.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan iaitu menjual kepada rakan-rakan terdekat Pn Nadia mula berniaga secara kecil-kecilan sekadar mengisi minat dan masa lapang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Pn Nadia, Perniagaan kuih-muih beliau kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan Instagram. Puan Nadia banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook dan Instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli kuih-muih beliau.