mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NUR HIDAYATI BINTI ISMAIL (Q4 2019)

Nama

: NUR HIDAYATI BINTI ISMAIL

Umur

: 33 Tahun

Ahli

: Jan 2019

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Kak Anis. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini pada mula hanya sebagai minat dalam bidang kecantikkan dan kesihatan malah minat dalam bidang perbidanan. Disebabkan ini, beliau mula mengikut kursus sebagai Therapist yang terlatih dan berkelayakan dalam bidang urutan wanita selepas bersalin. Diiktiraf oleh UMP Advance dan Empower Ecer Bera, Pahang. Menerusi minat dan pengetahuan dalam bidang tersebut Kak Anis telah berjinak-jinak dalam peniagaan yang menawarkan perkhidmatan urutan tradisional bagi perempuan sahaja secara mobile, rumah ke rumah. Namun oleh cita-cita dan semangat yang tinggi Kak Anis telah mengikuti kelas keushawanan yang dianjurkan oleh pihak PI. Ini secara tidak lansung dapat mengembangkan perniagaan Kak Anis dari segi Pengiklanan Pemasaran terutama periklanan di dalam media sosial. Kini Kak Anis lebih giat mengiklankan perniagaan beliau di media social seperti Facebook dan juga Facebook Group.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Kak Anis juga cuba mempromosikan di group WhatsApp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Cita-cita dan semangat yang tinggi Kak Anis telah mengikuti kelas keushawanan yang dianjurkan oleh pihak PI. Ini secara tidak lansung dapat mengembangkan perniagaan Kak Anis dari segi pengiklanan pemasaran terutama periklanan di dalam media sosial.  Kini Kak Anis lebih giat mengiklankan perniagaan beliau di media social seperti Facebook dan juga Facebook Group. Kak Anis kini telah mendapat banyak tempahan dari pelanggan yang ingin mendapatkan pakej berpantang.