mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NUR FARAHIDA BINTI SHAMSUDDIN (Q3 2019)

Nama

: NUR FARAHIDA BT SHAMSUDDIN

Umur

: 29 Tahun

Ahli

: Ogos 2017

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu “FOOD DELIVERY” untuk tempahan kenduri, jamuan dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan sekadar minat membuat kek dan kuih muih sehingga la tercetus idea untuk berniaga secara kecil-kecilan dirumah. Bermodalkan duit yang sikit kak Farah membeli bahan-bahan dengan kuantiti yang sedikit mengikut tempahan. Pada awalnya tempahan sekitar kawasan taman perumahan dan kawasan kemayan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering munggunakan facebook dan WhatsApp. Menurut Kak Farah tempahan mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Beliau juga membuat penghantaran didalam kawasan Daerah Bera seperti Triang, Kerayong dan Padang LuasPihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages FB dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan instagram. Puan Farah banyak mempromosikan jualan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook group dan WhatsApp group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.