mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NOR FATIN FORINA BINTI ANI (Q1 2019)

Nama

:  NOR FATIN ROFINA BINTI ANI

Umur

:  26 Tahun

Ahli

:  2019

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa fatin. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini pada mula hanya sebagai suka-suka dan minat membuat jambangan bunga segar dan bunga coklat. Disebabkan ini, beliau mula berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mula menjual kepada rakan terdekat Instagram dan facebook. Selain itu, Fatin menambah perniagaanya dengan menjual anak patung pelbagai saiz. Setelah beroperasi selama satu tahun perniagaannya telah mendapat keuntungan yang sangat lumayan dan beliau sekarang mempunyai sebuah kedai. Bermodalkan sebanyak RM2000 beliau mula membeli barang secara pukal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PI. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Puan Fatin banyak mempromosikan penghantaran bunga segar, bunga coklat, hadiah, dekorasi, kek, belon dan menjual anak patung kepada orang tersayang menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam facebook, Instagram, facebook group dan whassap group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan Setelah membuka kedai, permintaan untuk penghantaran bunga dan penjualan anak patung semakin meningkat. Penghantaran bunga segar, bunga coklat, hadiah, dekorasi, kek, belon dan anak patung ini yang dijual dengan harga yang berpatutan ini bukan sahaja dibeli oleh penduduk sekitar  Bera malah disemua negeri.