Nama |
: MUNIRAH BINTI CHE ABD TALIB |
Umur |
: 21 Tahun |
Ahli |
: Julai 2014 |
Latar belalakang
Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu “Demica Whitening Lotion”.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan iaitu menjual kepada rakan-rakan terdekat dan sekadar menjadi agen ‘Dropship’, Adik Munirah mula berniaga secara kecil-kecilan sekadar mengisi minat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Adik Munirah, Demica Whitening Lotion kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages Facebook dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan Instagram. Adik Munirah banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook dan Instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook group dan WhatsApp group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.