mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – MAZIANA BINTI ABU HASHIM (Q4 2019)

Nama

: MAZIANA BINTI ABU HASHIM

Umur

: 40 Tahun

Ahli

: Feb 2015

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu “DAIRY TEH”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan disekitar kawasan kemayan, Kak Maz mengambil order untuk Dairy Teh dan kemudian mengantarnya kepada pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp. Menurut Kak Maz, Dairy Teh mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Beliau juga membuat penghantaran didalam kawasan Daerah Bera seperti Triang, Kerayong dan Padang Luas. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan Instagram. Kak Maz banyak mempromosikan jualan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium Facebook dan Instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.