mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – MARSAM BIN NGADINO (Q2 2022)

Nama

: Marsam Bin Ngadino

Umur

: 58 Tahun

Ahli

: Disember 2013

 

Latar belakang

PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan sate.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat dalam pernigaan offline & online, encik Marsam cuba menceburi perniagaan pembuatan sate sendiri.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Encik Marsam, perniagaan beliau kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet Komuniti. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Encik Marsam banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli barangan beliau.