mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – MARDZIAH BINTI MD YAAKUB (Q1 2023)

Nama

: Mardziah Binti Md Yaakub

Umur

: 57 Tahun

Ahli

: November 2016

Latar belakang

PEDi Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan makanan dan minuman.Makanan utama adalah Charkueytiaw.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan dan minat dalam perniagaan online & offline, Puan Mardziah cuba menceburi perniagaan makanan dan minuman bersama keluarga.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Puan Mardziah, perniagaan beliau kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PEDi juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PEDi. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook. Puan Mardziah banyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang mencuba makanan beliau.