“Klinik Kesihatan Kemayan”
Dengan adanya sebuah Klinik Kesihatan di Kemayan, penduduk Taman Jaya Kemayan tidak lagi perlu berulang-alik ke klinik ataupun hospital yang terletak agak jauh daripada rumah mereka sekiranya menghadapi sebarang masalah kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah rawatan pesakit luar, rawatan ibu mengandung serta rawatan selepas bersalin yang dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8:00 Pagi hingga 5:00 Petang. Walaubagaimanapun, petugas Klinik Kesihatan ini sentiasa menghulurkan khidmat mereka diluar waktu tugasan sekiranya berlaku kecemasan.