mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

Dewan Taman Jaya Kemayan

Masjid & Stesen Minyak

Public Bank

Stesen Keretapi

“Serba Lengkap dan Efektif”

Kemudahan asas yang terdapat di Taman Jaya Kemayan telah menjadi asas kepada pembangunan masyarakat disekitar ini. Pembangunan itu bertujuan untuk mempertingkatkan perkhidmatan dan kemudahan kepada orang ramai dan mempertingkatkan keupayaan majlis dalam merancang, menyediakan dan melaksanakan program pembangunan sosioekonomi.

Kemudahan Dewan Taman Jaya Kemayan yang menjadi tempat perhimpunan masyarakat seperti mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), mesyuarat agung bagi sesuatu badan atau persatuan dan aktiviti kemasyarakatan sememangnya banyak membantu dalam perancangan dan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Stesen minyak, stesen keretapi, bank, pejabat pos, padang futsal, sekolah, masjid dan taman permainan turut disediakan bagi memberi kemudahan kepada penduduk Taman Jaya Kemayan. Prasarana yang lengkap yang disediakan kerajaan telah membolehkan penduduk menikmati hasil pembangunan dan kehidupan yang lebih sempurna.