mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – SOO JING YING (Q3 2020)

Nama

: SOO JING YING

Umur

: 13 Tahun

Ahli

: April 2018

Latar belakang

Soo Jing Ying merupakan pelajar yang rajin dan bersemangat tinggi. Oleh itu dia sangat disenangi oleh pelajar lain dan guru-guru di sekolahnya. Adik Soo Jing Ying juga sering menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah dan Pusat Internet. Pertandingan yang terbaru disertai oleh adik Soo Jing Ying adalah Pertandingan Poster Pusat Internet Tahun 2020. Adik Soo Jing Ying juga merupakan salah seorang usaha PI. Sebelum ini adik Soo Jing Ying kurang mahir dalam kemahiran ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet, sedikit sebanyak membantu adik Soo Jing Ying  seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Ms Publisher & lain-lain. Adik Soo Jing Ying sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mempelajari kelas atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti Kelas Microsoft Word dan sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, adik Soo Jing Ying kurang mahir dalam kemahiran ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet, sedikit sebanyak membantu beliau  seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Ms Publisher & lain-lain.Dia juga sudah semakin mahir untuk mencari maklumat menggunakan engine carian seperti Google dan Internet Explorer. Kini adik Soo Jing Ying sudah pandai mengunakan komputer untuk mencari bahan dan maklumat.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Soo Jing YIng semakin  mahir menaip, dan boleh mengaplikasikan apa yang diajar, dia juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai kelas yang dianjurkan. Adik Soo Jing Ying seorang pelajar yang sangat pandai dan cepat belajar. Dan semakin pandai menggunakan komputer untuk mencari bahan atau maklumat dalam menyiapkan tugasan kerja kursusnya. Adik Soo Jing Ying merupakan ahli Pusat Internet  dan selalu menggunakan kemudahan disini.