mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – MUHAMMAD AMIRUL ZAQUAN BIN ZULKIFLI (Q1 2023)

Nama

: Muhammad Amirul Zaquan Bin Zulkifli

Umur

: 12 Tahun

Ahli

: Mei 2022

 

Latar belakang

Adik Zaquan merupakan pelajar yang rajin dan bersemangat tinggi. Oleh itu dia sangat disenangi oleh pelajar lain dan guru-guru di sekolahnya. Adik Zaquan sering menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah dan PEDi. Adik Zaquan sering datang ke PEDi untuk menyertai kelas komputer di PEDi. Sebelum ini Adik Zaquan kurang mahir dalam kemahiran ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh PEDi, sedikit sebanyak membantu Adik Ain seperti menggunakan Ms Word, Ms Powerpoint, Ms Excel, Ms Publisher & lain-lain. Adik Zaquan sering berkunjung ke PEDi  untuk mempelajari kelas atau program yang dianjurkan oleh PEDi seperti kelas Ms Word dan sering menggunakan kemudahan di PEDi.

Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Sebelum ini, Adik Zaquan kurang mahir menggunakan komputer kini dia  sudah semakin mahir untuk mencari maklumat menggunakan engine carian seperti Google dan Internet Explorer dan membuat kerja kursus sekolah menggunakan komputer di PEDi.

Selepas penggunaan ICT/penglibatan PEDi

Adik Zaquan semakin  mahir menaip, dan boleh mengaplikasikan apa yang diajar, dia juga sering berkunjung ke PEDi untuk menyertai kelas yang dianjurkan. Adik Zaquan seorang pelajar yang sangat pandai dan cepat belajar. Dan semakin pandai menggunakan komputer untuk mencari bahan atau maklumat dalam menyiapkan tugasan kerja kursusnya. Adik Zaquan merupakan ahli PEDi dan selalu menggunakan kemudahan disini.