mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – AHMAD RIDZUAN BIN SUPARLAN (Q4 2020)

Nama

: AHMAD RIDZUAN BIN SUPARLAN

Umur

: 17 Tahun

Ahli

: April 2015

Latar belakang

Ahmad Ridzuan merupakan pelajar yang rajin dan bersemangat tinggi. Oleh itu dia sangat disenangi oleh pelajar lain dan guru-guru di sekolahnya. Adik Ahmad Ridzuan sering menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh sekolah dan Pusat Internet. Pertandingan yang terbaru disertai oleh adik Ahmad Ridzuan adalah Pertandingan Poster Pusat Internet Tahun 2020. Adik Ahmad Ridzuan juga merupakan salah seorang sukarelawan PI. Sebelum ini adik Ahmad Ridzuan kurang mahir dalam kemahiran ICT, setelah mempelajari kelas komputer yang dianjurkan oleh Pusat Internet, sedikit sebanyak membantu adik Ahmad Ridzuan seperti MS Word, MS Powerpoint, MS Excel, Ms Publisher & lain-lain. Adik Ahmad Ridzuan sering berkunjung ke Pusat Internet untuk mempelajari kelas atau program yang dianjurkan oleh Pusat Internet seperti Kelas Microsoft Word dan sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, Adik Ahmad Ridzuan kurang mahir menggunakan komputer kini dia sudah semakin mahir untuk mencari maklumat menggunakan engine carian seperti Google dan Internet Explorer dan membuat kerja kursus sekolah menggunakan komputer di PI.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Ahmad Ridzuan semakin mahir menaip, dan boleh mengaplikasikan apa yang diajar, dia juga sering berkunjung ke Pusat Internet untuk menyertai kelas yang dianjurkan. Adik Ahmad Ridzuan seorang pelajar yang sangat pandai dan cepat belajar. Dan semakin pandai menggunakan komputer untuk mencari bahan atau maklumat dalam menyiapkan tugasan kerja kursusnya. Adik Ahmad Ridzuan merupakan ahli Pusat Internet dan selalu menggunakan kemudahan disini.