mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – NURUL AMIRAH ANNUJMA BINTI MOHAMED JIDI (Q4 2020)

Nama

: NURUL AMIRAH ANNUJMA BINTI MOHAMED JIDI

Umur

: 27 Tahun

Ahli

: November 2019

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah  kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan  perniagaan online dan offline iaitu “FOOD DELIVERY”  untuk tempahan kenduri, jamuan dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan sekadar minat membuat kek dan kuih muih sehingga la tercetus idea untuk berniaga secara kecil-kecilan dirumah. Bermodalkan duit yang sikit Kak Amirah membeli bahan-bahan dengan kuantiti yang sedikit mengikut tempahan. Pada awalnya tempahan sekitar kawasan taman perumahan dan kawasan kemayan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp. Menurut kak Amirah tempahan mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Beliau juga membuat penghantaran didalam kawasan daerah Bera seperti Kemayan,Triang, Kerayong dan Padang Luas. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages Facebook dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan Instagram.