mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – TEE KOK ANN (Q3 2020)

Nama

: TEE KOK ANN

Umur

: 22 Tahun

Ahli

: December 2014


Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya Kemayan ingin berkongsi cerita kisah kejayaan salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan dropship minyak wangi SUGARBOMB secara online dan offline.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Bermula dengan sekadar minat berniaga secara kecil-kecilan iaitu menjual kepada rakan-rakan terdekat Encik Tee mula berniaga secara kecil-kecilan sekadar mengisi minat dan masa lapang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau sering munggunakan Facebook dan WhatsApp sebagai medium komersial untuk mewarwarkan tentang perniagaan beliau. Menurut Encik Tee, perniagaan minyak wangi SUGARBOMB beliau kini mendapat sambutan baik dikalangan penduduk setempat. Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat Facebook perniagaan dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di Pusat Internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group WhatsApp dan membuat page di Facebook dan Instagram. Encik Teebanyak mempromosikan jualan beliau dengan menggunakan medium Facebook dan Instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam Facebook, Instagram, Facebook Group dan WhatsApp Group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan dan ramai yang membeli minyak wangi beliau. Selain daripada itu, selepas mengikuti kelas Shopee dari Pusat Internet, beliau keni bergiat aktif meniaga di laman Shopee, dan bagi beliau perniagaan di Shopee lebih cepat dan menguntungkan.