“Pelengkap Keperluan”
Bagi penduduk disini, keluasan tanah yang dimiliki tidak mencukupi untuk dijadikan kegiatan pertanian. Antara tanaman yang diusahakan oleh penduduk kampung ini hanyalah tanaman buah-buahan bermusim seperti durian dan rambutan. Pokok-pokok ditanam berhampiran rumah masing-masing. Hasilnya dijual di Pekan Kemayan atau dimakan seisi rumah. Bagi kaum ibu yang gemar bercucuk tanam, mereka menjadikan ia sebagai hobi untuk kepuasan sendiri selain menambah pendapatan.