Tarikh : 04 Sep 2019
Masa : 9.00pg – 1.00ptg
Tempat : Pusat Internet Kg Dato Sri Hamzah
Pusat Internet Kg Dato Sri Hamzah bersama Pusat Internet Taman Jaya Kemayan telah membuat Taklimat Ibu Bapa Tentang Pengawasan Internet Kepada Anak-Anak. Melalui taklimat ini, ibu bapa didedahkan mengenai peranan ibu bapa dalam memantau penggunaan internet bagi kanak-kanak. Sebagai ibu bapa atau penjaga, mereka juga perlu menetapkan beberapa peraturan asas dan memantau penggunaan Internet dan gajet anak mereka bagi memastikan peraturan dihormati. Walaupun keperluan gajet seiring dengan pembangunan teknologi global dan anak-anak dilihat perlu melaluinya, ibu bapa perlu mendidik mereka menggunakan Internet dengan bertanggungjawab.