mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – FARINA HAMIZA BINTI MOHD FADIL (Q2 2019)

Nama

: FARINA HAMIZA BINTI MOHD FADIL

Umur

: 24 Tahun

Ahli

2018

Latar belakang

Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu lebih mesra disapa Miza. Beliau  mengusahakan  perniagaan  ini pada mula hanya sebagai suka-suka dan berminat dalam bidang masakan.  Disebabkan ini, beliau mula berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan mula menjual kepada rakan terdekat Instagram dan facebook. Selain itu, Miza menambah perniagaanya dengan menghantar produk ke kedai-kedai kecil untuk dijual. Setelah beroperasi selama satu tahun perniagaannya telah mendapat keuntungan yang sangat lumayan. Bermodalkan sebanyak RM200 beliau mula membeli barang membuat choco jar secara pukal.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatsapp.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di PI. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Miza banyak mempromosikan menggunakan medium facebook dan instagram. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam facebook, Instagram, facebook group dan whassap group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan. Permintaan untuk tempahan choco jar semakin meningkat. Choco jar ini yang dijual dengan harga yang berpatutan ini bukan sahaja dibeli oleh penduduk sekitar  Bera malah disemua negeri.