Nama |
: SHARIFAH BINTI ADAM |
Umur |
: 33 Tahun |
Ahli |
: 2013 |
Latar belakang
Pusat Internet Taman Jaya yang terletak di Taman Jaya Kemayan, ingin berkongsi cerita mengenai salah seorang individu iaitu Sharifah ataupun lebih mesra dipanggil kak Sharifah. Kak Sharifah adalah salah seorang individu yang mengusahakan perniagaan online dan offline iaitu menjual pakaian Bundle dan Baru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, Kak Sharifah cuma menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan pada teman rapat dan kenalan rapat. Bermula modal yang sedikit beliau cuba mempromosikan di group whatsapp dan facebook. Selepas nampak semakin maju, Kak Sharifah mula menyewa sebuah kedai.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pihak PI juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam membuat pages fb dan kelas keusahawanan yang pernah dianjurkan di pusat internet. Selepas itu beliau mula menjual melalui group whatssap dan membuat page di facebook dan instagram. Kak Sharifah banyak mempromosikan jualan beliau dengan memberi potongan harga kepada pelanggan dengan menggunakan medium facebook, whatapps serta shoppee. Menurut beliau sejak mempromosikan didalam facebook, Instagram, facebook group dan whatsapp group, keuntungan yang diperolehi selepas menggunakan media sosial sangat memberangsangkan.